Monday 23 June 2014

Belajar Teknik Gubah Bunga

Assalammualaikum....

Pada mereka yang minat menggubah bunga, di dalam blog ini ifah dah masukkan tutorial penuh teknik gubahan bunga LCP.

Ifah dah search teknik gubahan bunga dalam internet kebanyakannya belum ada lagi teknik gubahan bunga yang penuh...yang ada pun gambar mula nak buat dan kemudian terus dimasukkan gambar bunga yang telah siap digubah.

Melalui blog ini, korang boleh belajar teknik gubahan bunga daripada mula nak buat hinggalah siap. Ifah terangkan satu persatu berserta gambar untuk memudahkan pemahaman korang.

Terdapat pelbagai teknik gubahan bunga, apa yang ifah masukkan ini adalah teknik gubahan bunga yang ifah belajar dulu. Ifah belajar teknik nie semasa mengikuti kursus gubahan bunga dan hantaran pada tahun 2010.
Tenaga pengajarnya adalah seorang wanita cina yang merupakan tokey kedai bunga dan barangan hantaran.
Dalam kursus ini, ifah diajar 6 teknik gubahan bunga dan 5 teknik asas gubahan hantaran serta teknik sulaman riben. Yuran kursus adalah Rm1,000.

Untunglah korang ifah ajar percuma je dekat sini...untuk belajar sila ke page 'Tutorial' di atas....

Sekian...


Friday 13 June 2014

Gubahan Bunga

Assalammualaikum....

Maaf sebab lama ifah tak update blog.. Tahun lepas langsung ifah tak sempat nak tengok blog nie sebab sibuk dengan urusan kerja dan sibuk dengan majlis perkahwinan ifah dan abang-abang ifah..

Tahun lepas tiga kali majlis perkahwinan diadakan di rumah ifah iaitu pada bulan 3, 6 dan 11.. Pecah rekod dalam kampung kami...satu tahun sampai tiga kali kenduri... hihihi..Nak buat macam mana semuanya tidak dirancang...Jodoh abang-abang ifah datang pada waktu yang berbeza dan mereka berkenalan, bertunang dan berkahwin pada tempoh yang sangat singkat...

Ifah dah siapkan sambungan tutorial...maaf sebab ambil masa yang terlalu lama......ramai yang mesej/whatsapp ifah minta ifah sambung semula tutorial tu...baru minggu lepas ifah berkesempatan untuk siapkan...Tetapi ifah belum upload lagi.

Hari nie 13/06/2014, masa ifah tengah search image di google ifah ternampak banner blog ifah "krafsulam creative collections" telah digunakan oleh satu blog yang baru. Ifah tak marah kalau anda nak copy gambar-gambar dalam blog ini sebab itu ifah biarkan gambar2 ini boleh di copy..jika tidak dah lama ifah masukkan kod untuk menghalang anda dari copy gambar di blog nie...

Tetapi yang membuat ifah terkilan bila ada blog yang copy banner blog ifah dan mengambil nama blog ifah bulat2...Jika anda seorang yang kreatif cubalah buat banner yang lain dan nama yang lain...banyak lagi nama yang boleh anda beri pada blog anda dan tukarlah banner tu....sama sebiji aih......

Apapun ifah akan masukkan tutorial pada masa yang terdekat nie...sbb byk gambar yang ifah perlu edit semula...tujuan ifah masukkan nama blog pada setiap gambar hanya bertujuan memberi kredit pada blog ifah... sekian buat kali nie....jangan marah ye....terima kasih...