Monday, 13 May 2019

Tutorial Bantal Kusyen Bulat (Tayar)

Assalammualaikum...

Maaf dah lama kak ifah tak update blog nie. Sampai blog nie dah kena hack. nasib tak teruk sangat dan masih boleh dibetulkan..last update tahun 2016 dan tak buka-buka sehingga tahun nie bulan 5 tahun 2019 baru kak ifah buka balik..jenuh juga seharian ambil masa bertanya en.google..huhuhu..

Bagi permulaan tahun nie kak ifah akan masukkan tutorial bantal kusyen bulat atau bantal tayar...ramai yang minta tapi kak ifah tak berkesempatan lagi nak tulis sebab agak susah untuk diterangkan melalui tulisan..tu yang malas...maaf...

InsyaAllah kak ifah akan jelaskan sebaik mungkin di sini agar korang faham dan mampu buat sendiri..manalah tahu boleh bantu korang jana pendapatan sampingan plak lepas nie..

Semak tutorial di page tutorial bantal...









Tuesday, 5 April 2016

Buku Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang

Assalammualaikum...

Apa khabar korang semua??? maaf dah lama kak ifah tak update blog nie.. masa tengah mengemas barang dalam almari tadi kak ifah terjumpa buku "Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang". Buku nie kak ifah beli masa belajar di kraftangan Pulau Pinang.


Buku tulisan Rosita Jaafar ini menggabungkan teknik-teknik sulaman daripada beberapa pakar dalam bidang sulaman iaitu dari Madam Lim Kim Swee, Pn Rosmina Waniman dan Pn Salbiah Hj. Taib. Kepada korang yang berminat untuk mempelajari teknik sulaman, kak ifah sarankan agar korang memiliki buku ini. 

Pada kak ifah, tak rugi korang beli buku nie.. Selain diceritakan sejarah Sulaman Nyonya dan Kebaya terdapat latihan asas sulaman yang boleh korang pelajari. Selain itu, terdapat juga pelbagai teknik sulaman serta contoh-contoh biku yang menarik.



Alhamdulillah.... semasa belajar di kraftangan Pulau Pinang kak ifah dan rakan-rakan berkesempatan mempelajari teknik sulaman Baba Nyonya daripada mendiang Madam Lim Kim Swee. Madam Lim Kim Swee adalah salah seorang tokoh usahawan Sulaman Nyonya dan dilantik menjadi Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006.(http://pkkmpenang.blogspot.my/2014/04/salam-takziah.html).



Sekian dulu untuk kali ini....


Sunday, 3 April 2016

Pemadam Api

Pemadam Api




Assalammualaikum....

Di sini kak ifah ada jual produk pemadam api, pada mereka yang belum memiliki alat pemadam api kak ifah syorkan agar korang juga menyimpan alat ini di dalam kereta dan di rumah. Gambar kat atas adalah alat pemadam api ABC Dry Powder (1 kg). Alat ini sesuai diletakkan didalam kenderaan kerana ianya ringan...Kalau korang nak letakkan kat rumah pun boleh...suka hati korang lah...

Harga pasaran produk ini adalah dalam lingkungan RM 80 - RM 100... Tetapi kak ifah dan suami selalu jual RM 75 sahaja... walaubagaimanapun, bagi pembaca blog nie kak ifah bagi diskaun lagi RM5, jadi korang hanya perlu bayar RM70 bagi produk di atas..

Korang boleh mesej/whatsapp kak ifah atau suami kak ifah...tetapi korang kena bagi tahu la yang korang ambil no tel dari blog kak ifah ye..

Produk2 pemadam api yang lain pun macam tu juga sebenarnya, kak ifah beri diskaun pada korang yang beli alat pemadam api melalui blog nie...

Pada mereka yang telah beli pada kak ifah, kak ifah ucapkan terima kasih dan semoga korang berpuas hati..kak ifah bekalkan produk baru keluaran tahun 2016...ada juga mereka yg jual murah tp jual produk lama...untuk habiskan stok... kalau korang nak beli alat pemadam api tengok dulu tahun keluaran alat itu ok..

Untuk pengetahuan korang, pemadam api bagi premis-premis perniagaan, kilang, ofis atau untuk tujuan komersial ia perlukan sijil bomba dan perlu diservis setiap tahun. Tetapi pemadam api bagi kegunaan peribadi tidak perlu di servis setiap tahun.

Ramai yang bertanya pemadam api boleh pakai berapa lama? Bagi premis perniagaan tempoh alat pemadam api adalah 10 tahun..tetapi bagi kegunaan peribadi alat pemadam api boleh pakai sampai rosak walaupun dah lebih 10 tahun masih tak rosak tetap boleh digunakan lagi... kalau dah habis boleh refil balik.

kalau korang nak tahu pemadam api berfungsi atau tidak korang boleh lihat meter gauge Y yang ada pada tong dan sila pastikan jarum meter tetap pada ruangan zon hijau (bg jenis pemadam api Dry Powder, Foam dan Water)

Untuk lihat produk2 yang lain, sila tekan page lain-lain produk di atas.


Saturday, 7 February 2015

Cara Turunkan atau Buka gigi Mesin

Assalammualaikum....

Penulisan ifah kali ini adalah berkaitan cara turunkan atau buka gigi pada mesin. Tujuan penulisan ini adalah bagi menjawab pertanyaan daripada beberapa pembaca blog ini yang bertanya kepada ifah bagaimana cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.

Ifah minta maaf kerana tidak membalas mesej, whatsapp dan wechat yang telah dihantar kepada ifah berkenaan soalan ini. Ini kerana agak susah untuk ifah menjawab melalui mesej. Oleh itu, ifah meluangkan sedikit masa pada hari ini untuk menerangkan serba sedikit mengenai cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.

Di bawah ini adalah contoh mesin yang ifah gunakan. Mesin jenama Singer.



Bagi mereka yang menggunakan mesin seperti ini adalah mudah bagi menaikkan atau menurunkan gigi mesin iaitu hanya dengan memusing tombol yang terdapat di mesin. Anda boleh mejahit dan menyulam dengan mudah tanpa perlu membuka gigi mesin. Apa yang anda kena buat hanyalah membuka tapak dan memusing tombol seperti di bawah bagi proses menyulam.

                                                                                                       

               Buka tapak mesin




Pusing tombol seperti yang ditunjuk anak panah di dalam gambar di atas. Pusing ke sebelah kanan bagi menurunkan gigi dan pusing semula ke sebelah kiri bagi menaikkan gigi. 

Pada korang yang memiliki mesin yang tidak mempunyai fungsi seperti ini, tidak ada cara lain bagi korang iaitu hanya dengan membuka gigi mesin. Di sini ifah tunjukkan gambar bagaimana membuka gigi mesin...



Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah


Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah

Lepas dah buka tu simpan la elok2, janganlah dibuang terus pulak....gigi mesin berfungsi bagi menggerakkan kain. Kalau takda gigi mesin tu korang dah tak boleh nak menjahit pakaian. Gigi mesin dan tapak dibuka bagi proses menyulam sahaja.

Dalam proses menyulam, tangan dan jari jemari kita yang berfungsi bagi menggerakkkan kain yang dijahit. Kalau nak menjahit seperti biasa hanya pasang semula tapak dan gigi mesin tersebut...

Sekian, moga bermanfaat...

Tuesday, 3 February 2015

Perkhidmatan Membekal Dan Membuat Pemasangan Elektrikal Dan Mekanikal

Assalammualaikum....

Pada mereka yang mencari perkhidmatan seperti berikut bolehlah menghubungi ifah atau suami ifah. Harga boleh dirunding...

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan:
- Wiring Rumah dan Bangunan
- Fire-Fighting System (Sistem Pencegah Kebakaran)
- Plumbing (Kerja Paip Air)
- CCTV

Kawasan Perkhidmatan
- Seluruh Pulau Pinang serta Kulim

Sila Hubungi
019-5757344 (Ayie)








Monday, 23 June 2014

Belajar Teknik Gubah Bunga

Assalammualaikum....

Pada mereka yang minat menggubah bunga, di dalam blog ini ifah dah masukkan tutorial penuh teknik gubahan bunga LCP.

Ifah dah search teknik gubahan bunga dalam internet kebanyakannya belum ada lagi teknik gubahan bunga yang penuh...yang ada pun gambar mula nak buat dan kemudian terus dimasukkan gambar bunga yang telah siap digubah.

Melalui blog ini, korang boleh belajar teknik gubahan bunga daripada mula nak buat hinggalah siap. Ifah terangkan satu persatu berserta gambar untuk memudahkan pemahaman korang.

Terdapat pelbagai teknik gubahan bunga, apa yang ifah masukkan ini adalah teknik gubahan bunga yang ifah belajar dulu. Ifah belajar teknik nie semasa mengikuti kursus gubahan bunga dan hantaran pada tahun 2010.
Tenaga pengajarnya adalah seorang wanita cina yang merupakan tokey kedai bunga dan barangan hantaran.
Dalam kursus ini, ifah diajar 6 teknik gubahan bunga dan 5 teknik asas gubahan hantaran serta teknik sulaman riben. Yuran kursus adalah Rm1,000.

Untunglah korang ifah ajar percuma je dekat sini...untuk belajar sila ke page 'Tutorial' di atas....

Sekian...


Friday, 13 June 2014

Gubahan Bunga

Assalammualaikum....

Maaf sebab lama ifah tak update blog.. Tahun lepas langsung ifah tak sempat nak tengok blog nie sebab sibuk dengan urusan kerja dan sibuk dengan majlis perkahwinan ifah dan abang-abang ifah..

Tahun lepas tiga kali majlis perkahwinan diadakan di rumah ifah iaitu pada bulan 3, 6 dan 11.. Pecah rekod dalam kampung kami...satu tahun sampai tiga kali kenduri... hihihi..Nak buat macam mana semuanya tidak dirancang...Jodoh abang-abang ifah datang pada waktu yang berbeza dan mereka berkenalan, bertunang dan berkahwin pada tempoh yang sangat singkat...

Ifah dah siapkan sambungan tutorial...maaf sebab ambil masa yang terlalu lama......ramai yang mesej/whatsapp ifah minta ifah sambung semula tutorial tu...baru minggu lepas ifah berkesempatan untuk siapkan...Tetapi ifah belum upload lagi.

Hari nie 13/06/2014, masa ifah tengah search image di google ifah ternampak banner blog ifah "krafsulam creative collections" telah digunakan oleh satu blog yang baru. Ifah tak marah kalau anda nak copy gambar-gambar dalam blog ini sebab itu ifah biarkan gambar2 ini boleh di copy..jika tidak dah lama ifah masukkan kod untuk menghalang anda dari copy gambar di blog nie...

Tetapi yang membuat ifah terkilan bila ada blog yang copy banner blog ifah dan mengambil nama blog ifah bulat2...Jika anda seorang yang kreatif cubalah buat banner yang lain dan nama yang lain...banyak lagi nama yang boleh anda beri pada blog anda dan tukarlah banner tu....sama sebiji aih......

Apapun ifah akan masukkan tutorial pada masa yang terdekat nie...sbb byk gambar yang ifah perlu edit semula...tujuan ifah masukkan nama blog pada setiap gambar hanya bertujuan memberi kredit pada blog ifah... sekian buat kali nie....jangan marah ye....terima kasih...