Tutorial Gubahan Bunga


  
Assalammualaikum......

Dalam ruangan nie ifah akan masukkan beberapa tutorial kepada kawan2 dan pembaca setia blog ini..Tutorial pertama yang ifah pilih adalah gubahan bunga..Tentu ramai diantara korang yang selalu lihat betapa cantiknya bunga yang telah siap digubah terutama dikedai2 bunga dan kedai yang menyediakan barangan hantaran...cantik kan...seronokkan kalau kita boleh gubah bunga secantik tu..

Baru-baru ini ifah ada pergi ke sebuah kedai yang menjual barangan hantaran..masa ifah dekat kaunter, ada seorang makcik yang memesan bunga gubahan LCP..tahu tak berapa harganya???... RM50.... itu tak termasuk harga bunga lagi...mahal kan...

Pada mereka yang pernah bekerja di kedai2 seperti ini, mereka tahulah caranya.. terdapat step atau langkah yang perlu dipelajari bagi menggubah bunga secantik itu...bukan main cucuk aje...hehehe.. Jom ifah beritahu rahsianya disini.....

Terdapat 6 jenis gubahan bunga :
1) Long Center Piece (LCP)
2) Round Center Piece (RCP)
3) Side Arrangement
4) Hand Bonquet
5) Free Style arrangement dan
6) Gubahan Bunga Kering

Di sini ifah akan ajar bagaimana hendak membuat gubahan bunga Long Center Piece (LCP). Selalunya gubahan LCP ini dibuat di dalam pasu atau menggunakan bingkai dan di gantung di dinding. Gubahan di dalam pasu sesuai dijadikan hiasan tengah meja, atas tv ataupun di atas almari. Gubahan ini juga sesuai diletakkan di dalam kereta.


Long Center Piece (LCP)


Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat gubahan bunga Long Center Piece (LCP) ini....Kepada korang yang nak belajar bolehlah dapatkan barang-barang nie di kedai2 bunga berhampiran tempat tinggal korang ok...murah je harga barang2 nie...budget dalam RM30 sahaja..



Bahan-Bahan Gubahan Bunga
1) Lidi
2) Salotape bunga (warna hijau)
3) Cutter
4) Pasu berbentuk memanjang @ frame/bingkai bunga gantung
5) Bunga (4 jambak - 2 warna)
6) Daun (4 batang)
7) Bunga kecil (2 jambak)

Cara Potong bunga, Daun dan Bunga Kecil
Pada mereka yang langsung tidak tahu menggubah bunga, di sini ifah masukkan cara memotong bunga, daun dan bunga kecil (filles). 





Untuk memudahkan lagi pemahaman korang, di sini ifah dah lukiskan rajah kedudukan bunga di dalam pasu. Jadi korang bolehlah cucuk bunga pada span mengikut nombor di dalam rajah di bawah....




Cara Pemilihan Main Flower (Bunga Utama)
  • Pilihan 1 (Pilih bunga yang lebih besar)
  • Kalau sama besar (Pilih yang terang)
Dalam tutorial ini ifah menggunakan warna biru terang sebagai main flower sebanyak 2 jambak...satu jambak ada 5 kuntum bunga jadi 2 jambak ada 10 kuntum bunga.

Pilihan kedua ifah pula adalah warna biru muda..juga sebanyak 2 jambak...bermakna semua sekali 20 kuntum bunga.

Cara Gubah Bunga
  • 1 - 5  (Dapatkan saiz dia dulu)
    • 1         -  Tinggi

    • 2 & 3  -  Panjang

    • 4 & 5  -  Lebar

  • 6 & 7  - Pengiring Panjang (1 kiri & 1 kanan)



    • 8 & 9  - Pengiring Lebar    ( tak boleh tinggi drpd bunga no. 1)

    • 10       - Start bunga pilihan 2
    • 10 & 11 - Sama paras (tak boleh panjang/lebar dari no. 4 & 5)

    • 12,13,14 & 15 - Sama Paras

    • 16 & 17 - Boleh sama paras @ tinggi sedikit dari no. 8 & 9 tetapi tidak boleh lebih tinggi dari no. 1

    • 18    -   Panjang tidak melebihi no. 10 & lebih tinggi & panjang dari no. 13
    • 19    -   Panjang tidak melebihi no. 11 & lebih tinggi & panjang dari no. 15
    • 20    -   Boleh cucuk pada tempat yang nampak kosong (ikut suka) tetapi tidak boleh lebih panjang @ tinggi dari main flower iaitu no.1,2,3,4 & 5.


    kemudian cucukkan pula bunga kecil @ filles..cucuk pada ruang yang kosong..




    Akhir sekali masukkan daun..Cucukkan daun yang tidak dipotong di sebelah kiri dan kanan .
    (di bawah no 4 & 5 ). Manakala daun yang telah dipotong di bahagian atas (no. 1) dicucuk di bawah bunga no. 2 & 3. Daun yang selebihnya pula dicucuk pada ruang yang korang nampak kosong (ikut suka la nak cucuk mana asalkan jangan bagi nampak kosong @ nampak span).


    ok....dah siap...macam mana cantik tak bunga yang korang dah gubah????....apa yang ifah masukkan ini adalah teknik asas, bila korang dah tahu asasnya mudahlah korang nak gubah bunga dalam bentuk lain sekalipun...

    Ini adalah teknik yang ifah belajar, kalau yang diajar oleh kolej komuniti kalau tak salah ifah lain sikit caranya.. tetapi apa yang penting pada ifah adalah kreativiti kita dalam menggubah bunga...tak kisahlah asalkan nampak cantik...



    Ini adalah gubahan bunga LCP yang juga boleh digantung di dinding....Ifah buat gubahan nie untuk diletakkan di dalam bilik ifah semasa perkahwinan ifah tahun lepas...

    Semoga tutorial ini dapat membantu korang menggubah bunga sendiri di rumah.. semoga bermanfaat kepada semua....

    Sekian...



    Round Center Piece (RCP)





               Side Arrangement

             
                   
            




    Free Style arrangement 


    Contoh gubahan bunga Free Style arrangement