Assalammualaikum.....
Di dalam ruangan ini kak ifah akan memasukkan lain-lain
produk yang kak ifah jual..Pada mereka yang berminat boleh terus menghubungi
kak ifah atau suami kak ifah...
Produk Pertama adalah Alat Pemadam api..
Kata-kata “Api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar
manjadi lawan” adalah amat sesuai dengan penggunaan api dalam kehidupan
seharian kita.
Tahukan korang, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan
kebakaran di rumah kita. Antaranya gas yang berada di dapur, perkakas elektrik
seperti peti sejuk, tv, radio, charger hanset,
seterika, dan lain-lain yang
boleh menyebabkan litar pintas pada pendawaian elektrik. Kebakaran juga boleh terjadi di bahagian pendawaian
meter TNB.
Pencegahan awal kebakaran yang baru bermula mampu menghalang
api daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. Penggunaan
Alat Pemadam Api Mudah Alih ( Fire Extinguisher) sebagai tindakan awal akan
dapat mengawal kebakaran daripada merebak menjadi kebakaran besar yang boleh
meragut nyawa dan kerugian harta.
Alat pemadam api berperanan sebagai “alat bantu mula” dan sebagai
alat untuk menyelamatkan diri. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk
mengetahui dan mempelajari tentang cara-cara penggunaannya. Di sini kak ifah
tekankan betapa pentingnya setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebiji alat
pemadam api.
Kalau sebelum ini rumah kak ifah juga tidak memiliki alat
pemadam api tetapi setelah berlaku kebakaran pada rumah jiran kak ifah baru kak
ifah sedar betapa pentingnya setiap rumah memiliki alat pemadam api.
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku lebih kurang pukul 2
pagi tersebut , kebanyakan ahli keluarga telah pun tidur tetapi masih ada dua
orang ahli keluarga yang masih menonton tv.
Mereka melihat sendiri bagaimana
api mula merebak. Kebakaran disebabkan
litar pintas, mereka hanya melihat api
tersebut tetapi tidak mampu untuk memadam kerana tiada alat pemadam api.
Pandangan dari hadapan rumah kak Ifah
Kejadian tersebut telah menyebabkan dua buah rumah yang
bersebelahan juga turut terbakar. Jika
pencegahan awal dapat dilakukan mungkin rumah tersebut dapat diselamatkan.
“Malang tak berbau”, di harap korang
semua juga mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan ahli keluarga dan
harta benda.
Kak ifah ada bekalkan dua jenis alat pemadam api iaitu jenis Dry
Powder dan CO2. Cara penggunaan kedua-dua alat ini sama
cuma keberkesanan memadam api dan situasi yang berbeza. Alat pemadam api yang kak ifah bekalkan ini
adalah jenama EVERSAVE. Antara Jenama terbaik dan mendapat pengesahan dari
pihak SIRIM Malaysia.
Kak ifah juga menyediakan perkhidmatan servis Alat Pemadam Api. Servis alat pemadam api korang yang telah digunakan atau “low pressure”. Servis ini memerlukan refill / recharge semula alat pemadam api.
Harga untuk servis mengikut Jumlah A.P.A.
Bagi alat pemadam api debu kering (dry powder),
terdapat didalam saiz 1KG, 2KG, dan 9KG.
Manakala bagi alat pemadam api Karbon Dioksida
(CO2) hanya terdapat di dalam saiz 2KG sahaja.
1.
Alat Pemadam Api ABC Debu Kering (ABC
Dry Powder Fire Extinguisher)
1Kg (sesuai untuk kereta, bot)
2Kg (sesuai untuk rumah, van, lori,dan bas)
9Kg (sesuai untuk rumah, kedai makan, pejabat, dan kilang)
1Kg (sesuai untuk kereta, bot)
2Kg (sesuai untuk rumah, van, lori,dan bas)
9Kg (sesuai untuk rumah, kedai makan, pejabat, dan kilang)
2. Alat pemadam api jenis karbon dioksida
(CO2)
Karbon Dioksida 2KG (sesuai
untuk Dapur, Bilik elektrik,
bilik Switch )
1Kg (sesuai untuk kereta, bot)
Harga: RM75.00 RM70.00
Alat
Pemadam Api ABC Debu Kering ( 2 KG)
2Kg (sesuai untuk rumah, van, lori,dan
bas)
Harga: RM 95.00 RM 90.00
Alat
Pemadam Api ABC Debu Kering ( 9 KG)
9Kg (sesuai untuk rumah, kedai makan,
pejabat, dan kilang)
Harga: RM 145.00 RM 140.00
Alat pemadam api
Karbon Dioksida (CO2)
Karbon Dioksida 2KG – Dapur, Electrical Room, Switch Room
Harga:RM 165.00 RM 150.00
Harga:
Perbezaan Alat Pemadam Api ABC Debu Kering dengan Alat pemadam api Karbon Dioksida (CO2)
Bil
|
Alat Pemadam Api ABC Debu Kering
|
Alat Pemadam Api Karbon Dioksida (CO2)
|
1
|
Cara alat pemadam api jenis Dry Powder beroperasi dengan menyelimut
permukaan kebakaran dengan Dry Powder yang akan menyebabkan api akan terpadam
kerana kekurangan Oksigen.
|
Cara alat pemadam api jenis CO2 beroperasi dengan
cara penyejukkan permukaan kebakaran dan tidak menyebab ledakan.
|
2
|
Tidak sesuai digunakan untuk memadam barangan elektronik dan elektrik
kerana ia akan merosakkan komponen elektronik.
|
Sesuai digunakan untuk memadam barangan elektronik dan elektrik
kerana ia tidak akan merosakkan komponen elektronik.
|
3
|
Boleh digunakan untuk memadam kebakaran PEPEJAL, CECAIR, GAS dan ALATAN
ELEKTRIK.
|
Boleh digunakan untuk memadam kebakaran CECAIR,
ALATAN ELEKTRIK dan GAS.
|
- HARGA ADALAH TERMASUK PENGHANTARAN SEKITAR SEBERANG PERAI DAN KULIM.
- UNTUK LUAR DARI KAWASAN SEBERANG PERAI DAN KULIM BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN HARGA TERBAIK.
- SILA HUBUNGI/MESEJ/WHATSAPP/UNTUKPEMBELIAN DAN
PERTANYAAN :
AYIE – 019-5757344
No comments:
Post a Comment