Di dalam ruangan ini kak ifah akan memasukkan tutorial Sulaman High Speed. kak Ifah akan ajarkan korang beberapa teknik asas sulaman menggunakan mesin High Speed. Walaubagaimanapun, kak ifah tekankan di sini untuk belajar berbagai kaedah menyulam dan mengendalikan mesin sulaman adalah lebih baik korang belajar dari seorang guru yang mahir dalam bidang sulaman. Belajar menjahit sulaman akan memakan masa yang lama jika korang tiada tempat untuk membuat rujukan.
Pada mereka yang belum pernah belajar menyulam. Korang harus tahu bahawa menjahit sulaman sangat menekan kepada latihan tangan, lutut dan kaki. Setiap anggota tangan, lutut dan kaki mempunyai peranan masing-masing semasa kita menjahit sulaman.
Peranan tangan adalah untuk menggerakkan kain selari dengan pergerakan jarum dan kelajuan mesin. Contohnya, jika mesin bergerak cepat maka tangan korang juga harus bergerak cepat.
Peranan lutut pula adalah untuk mengecil dan membesarkan jarak jahitan mengikut corak dan bentuk bunga. Lutut juga berperanan mengawal kedudukan jarum. Oleh itu, lutut korang harus sentiasa digerakkan bagi mengawal jarum mengikut bentuk corak yang diperlukan.
Manakala peranan kaki adalah untuk menekan pemijak kaki bagi menentukan dan mengawal kelajuan mesin. Contohnya, bagi mempercepatkan pergerakan jarum, kaki menekan pemijak kaki dengan kuat dan meringankan tekanan kaki untuk memperlahankan pergerakan jarum. Oleh itu, peranan setiap anggota tangan, lutut dan kaki adalah seiring dan serentak mengikut keadaan.
Antara alat-alat yang diperlukan bagi menjahit sulam adalah
1) Ram
2) Kapur warna
3) Kertas karbon
4) Pensil
5) Gunting Sulam
6) Pembaris
7) Penebuk elektrik ( untuk sulaman kerawang )
8) Kain
Latihan 1 : Garis Lurus
Sediakan sehelai kain cotton seeloknya warna putih @ cream. Lukis di atas kain tersebut seperti gambar di bawah.
Cara Melukis :
- Lukis garisan petak (10 inci x 8 inci) di atas kain.
- Masukkan 0.5 cm dari garisan petak.
- Contoh :
- Jahit garis lurus (garis satu) di bahagian kanan.
- Buat zig zag (buka paha perlahan-lahan sehingga dapat lebar yang diinginkan (0.5 cm). Selepas dapat lebar yang diinginkan kekalkan kedudukan paha sehingga siap satu garisan lurus.
- Jahit kesemua garisan menegak tetapi tinggalkan di bahagian tepi.
- Kemudian jahit kesemua garisan melintang tetapi tinggalkan di bahagian tepi.
- Akhir sekali baru jahit keliling garisan pada bahagian tepi.
Di bawah nie kak ifah masukkan contoh latihan garis lurus yang telah siap..kak ifah gunting supaya senang nak masukkan dalam fail.
Sulaman latihan 1 : Jahitan Lurus |
Latihan 2 : Bengkang - bengkok
Sediakan sehelai kain cotton seeloknya warna putih @ cream. Lukis di atas kain tersebut seperti gambar di bawah.
Cara Melukis :
- Lukis garisan petak (10 inci x 8 inci) di atas kain.
- Lukis bentuk bengkang-bengkok di bahagian tepi kain. Dimulakan dengan bahagian penjuru kain dengan menggunakan duit syiling 20 sen.
- Lukis hingga ke bahagian tengah kain. Kemudian mulakan pada penjuru yang lain dan temukan hingga ke bahagian tengah tadi.
- Lukis bengkang-bengkok di bahagian tengah dengan menggunakan syiling 20 sen.
bengkang-bengkok |
belajar sulaman |
- Jahit bengkang-bengkok pada bahagian tengah dahulu.
Teknik jahitan 1) Jahit jahitan lurus pada garisan bengkang-bengkok.
2) Jahit zig zag di atas garisan bengkang-bengkok tadi dan matikan jahitan tersebut.
*pastikan garis lurus di sebelah kanan.
- Jahit jahitan lurus bengkang-bengkok bahagian tepi dengan 2x jahitan.
- Jahit zig zag di atas jahitan bengkang-bengkok tadi - di bahagian penjuru jahit dengan 3 langkah. (Jangan lepaskan/gerakkan tempat kawalan lutut).
- Stabilkan tempat kawalan lutut - Jahit & hentikan mesin apabila pusingan penjuru berada pada suku pusingan. Pusingkan Ram & jalankan mesin.
- Sambung jahitan tadi hingga 3/4 suku lagi & hentikan mesin - pusingkan Ram dan sambung jahitan zig zag hingga habis.
Sulaman Latihan 2 : Bengkang-bengkok |
Latihan 3 : Biku satu
Cara melukis :
- Lukis garisan petak (10 inci x 8 inci) di atas kain.
- Frame (lukis biku satu menggunakan syiling 20 sen.
- Di bahagian tengah - Lukis biku menggunakan syiling 20 sen & 10 sen. (selang-seli sebaris-sebaris).
Cara menjahit :
- Mulakan dengan menjahit jarum satu.
- Jahit zig zag & tajamkan jahitan zig zag pada setiap penyambung biku.
Sulaman Latihan 3 : Biku satu |
No comments:
Post a Comment