Bantal


Bantal Pengantin
Bantal ini berbentuk empat segi (14” x 14”) inci. Dihiaskan dengan kain satin di kedua2 bahagian hadapan dan belakang beserta butang dibahagian tengah…Bantal ini sesuai dijadikan bantal pengantin…nak letak dalam kereta pun boleh...ikut suka korang le...huhu.


CODE : BP 01
CODE : BP 02
CODE : BP 03
CODE : BP 04
CODE : BP 05
CODE : BP 06
CODE : BP 07
CODE : BP 08
CODE : BP 09
CODE : BP 10




Bantal Corak Bunga 
Bantal nie berbentuk empat segi. Terdapat 2 saiz iaitu (14" x 14") inci dan (16" x 16") inci. Walaubagaimanapun, anda boleh membuat tempahan mengikut saiz kesukaan anda. Boleh didapati dalam bentuk sarung sahaja atau sarung berserta bantal. Sila email @ SMS ifah untuk mengetahui Harga.

CODE : BCB 1
 
CODE : BCB 2

Bantal Bulat (Tayar) 
Bantal nie mesti dah selalu korang tengok kan..bantal macam nie dah lama orang buat.. mengikut kata mak ifah dari zaman mak ifah kecik2 lagi dah ada bantal macam nie..tapi masa tu orang jahit bantal nie guna kain benang/cotton…masa dulu takde lagi kain satin..ibu saudara ifah pun suka buat bantal mcm nie…dia buat perhiasan dalam almari bercermin…hehehe…
Tetapi sekarang nie orang lebih gemar buat bantal nie guna kain satin kerana lebih menyerlah bentuk tayarnye..selain kain satin ada juga yang guna kain bercorak bunga2..ifah tengok sekarang nie ramai yang jadikan bantal nie sebagai hiasan dalam kereta…selain daripada bantal bulat, ada juga yang gemar bantal yang berbentuk empat segi…nanti ifah buat dan masukkan di sini ye..



 


          Pandangan Hadapan
Selalu ifah tengok orang letakkan botton di bahagian tengah... tetapi Ifah lebih suka letakkan kerongsang. Supaya korang tak bosan dengan satu pemandangan sahaja, ifah letakkan kerongsang yang berbeza di bahagian hadapan dan belakang...jd korang takdelah bosan...boleh terbalikkan...atau kalau korang tak suka,  boleh tukar sendiri kerongsang tu mengikut citarasa korang.. tetapi korang masih boleh pilih botton...

 Pandangan Belakang

atau

 
Pandangan Belakang

Senarai  Harga Bantal Bulat (Tayar)
RM 45.00 (sepasang)

Pada sesiapa yang berminat  bolehlah menghubungi ifah melalui sms @ email. Korang boleh buat pilihan warna..beritahu ifah warna yang korang nak, nanti ifah akan buatkan ye.. ifah takde buat stok bantal di rumah..jadi bila korang beritahu warna kain kesukaan korang baru ifah g beli kain dan buat…tempoh siap kusyen nie seminggu atau paling lewat pun 2 minggu termasuk penghantaran…w/bagaimanapun ifah akan cuba buat secepat mungkin ok…

Harga yang ifah pamerkan di atas tidak termasuk bayaran pos…penghantaran ikut korang nak suruh ifah gunakan pos laju@ pos biasa sahaja.

2 comments:

  1. Assalam, kk ifah...sy t'ingin nk belajar buat kraftgn cm ni.. sbb sy sakit... hnya tgn je yg kuat utk sy teruskn hidup...sy b'minat tgk kraftgn akk..cntik2..sy nk belajar buat..bkn nk curi idea kkk...harap akk faham.. :)sbb sy nk blajar b'dikari smbil dpt mmbntu p'belanjaan rmh.. agr dp ringnkn beban mk dan suami...

    ReplyDelete
  2. mcm mn ye nk order...? and, bole tau x utk bantal BP07 tu harga berapa ye...?

    ReplyDelete