Inspirasi


Puisi, Sajak, Pantun
Assalammualaikum......                         

Ruangan nie sengaja ifah wujudkan...dah lama tak menulis....gian nak menulis....hehehe...tapi ifah taklah pandai sgt dlm bidang penulisan nie...minat ifah dlm bidang penulisan bermula masa ifah sekolah menengah...semuanya bermula masa ifah dartarkan diri masuk ke ting 6...masa ifah daftarkan diri tu, kelas ekonomi dah penuh jd ifah masuklah kelas sastera...mula2 belajar kelas sastera punyalah tension...byk buku nak kena baca...dah tu bahasa dia punyelah susah nak faham...tp itu mula2 je, bila dah blajar...minat pun datang...minat2 pun resurt tak ok mana pun...hahaha...STPM wei...peperiksaan yg paling susah di Asia Tenggara & merupakan peperiksaan no 3 tersusah di dunia...huhuhu...mana taknye dahle nak kena hafal pelajaran dr ting 6 bwh sampai 6 atas...tajuk berlambak2 tp yg kuar periksa beberapa soalan je...nasib le kalau kena soalan yang kuar tu kita hafal....huhuhu... ape2 pun ifah nak ucapkan selamat berjuang pd pelajar2 yg bakal ambil STPM....bersabar ye....jgn tension2...insyaAllah...hasilnya berbaloi....


Jom berpuisi/bersajak

Berpuisi, bersajak, dan berpantun merupakan salah satu minat ifah suatu ketika dulu…dah lama tak menulis entah le ingat ke tak lagi cara nak menulisnye..hehe..di sini ifah masukkan beberapa puisi yang ifah tulis dulu…

Puisi Laut dan Nelayan merupakan sajak pertama yang ifah cipta. Ifah dapat idea buat sajak nie melalui pembacaan sebuah sajak mengenai nelayan juga. tp ifah dah tak ingat tajuk sajak tu.. yelah mula—mula nak cipta sajak kan, kenalah kaji dulu penulisan orang lain…ifah tak le ikut sebijik macam sajak tu..tapi ifah ubahlah...ifah cuba bayangkan suasana yang lain dan maksud yang lain. Sajak nie ringkas je,  jom baca sajak yang ifah tulis nie dan tengok korang  faham ke tak…hehe.
                                                                                                     

LAUT DAN NELAYAN                                                      
Lautan biru yang luas terbentang
Menjadi tempat nelayan mencurahkan tenaga
Menghidupkan kesabaran dan kegigihan
Mengajar erti keberanian kepada penerokanya

Wanita-wanita menunggu di gigi pantai
Menanti penuh kesabaran
Menyaksikan rezeki di bawah ombak
Yang menguji kecekalan sang suami mengharung air dan angin
Demi sesuap nasi                                                                                               
                                                                                                                 
Musim tengkujuh memanah derita                                 
Nelayan terkapai tiada arah
Menyaksikan angin dan ombak yang semakin menggila
Menghilangkan semangat nelayan bertemankan laut

Nukilan ifah (krafsulam.blogspot.com)


KERENAH MANUSIA

Di sini aku bagaikan pemerhati
Melihat, menilai dan membuat andaian
Tentang sikap sebenar manusia

Terdapat pelbagai kerenah manusia di dunia ini
Ada yang baik dan sebaliknya
Ada yang benar-benar ikhlas dan ada juga yang menyimpan
Seribu makna atas jasa yang dihulurkan
Persahabatan memerlukan kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan

Di sebalik senyuman seseorang
Ada maksud yang tersirat
Yang tak dapat diketahui atau dibaca
Kita hanya mampu meneka dan melihat
Namun tak mampu untuk melangkah jauh ke dalam hatinya

Kata-kata manis seseorang
Hanya sekadar umpan
Untuk menjerat mereka yang ketagihan pujian
Pujian akan kecantikan dan kebijaksanaan

Bagaikan gagak yang diinjak merak
Mementingkan diri tanpa menoleh ke belakang
Melihat kesengsaraan orang yang ditinggalkan

Nukilan ifah (krafsulam.blogspot.com)


INGATLAH WAHAI TEMAN

Ingatlah wahai teman
Siapa penciptamu
Siapa menciptakan langit dan bumi serta seluruh alam ini

Ingatlah wahai teman
Harta benda 
Pangkat dan darjat hanyalah untuk mengujimu
Al-Quranlah yang menjadi petunjuk

Ingatlah wahai teman
Jauhkan dirimu dari perbuatan yang mungkar
Jauhkan dirimu dari perkataan yang sia-sia
Dan jagalah kehormatanmu

Ingatlah wahai teman
Berusahalah membersihkan hartamu
Tunaikanlah zakat harta
Berilah bantuan pada orang-orang miskin
Serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah

Ingatlah wahai teman
Dirikanlah sembahyang
Dirikanlah sembahyang
Sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar

Ingatlah wahai teman
Dua malaikat dikanan dan dikirimu
Pengawas yang setia disisimu
Menulis segala perkataan dan perbuatanmu

Ingatlah wahai teman
Setiap umat ada tempoh hidupnya
Bila sampai giliranmu
Tak dapat melambatkan walaupun sesaat
Dan tak dapat menyegerakannya

Ingatlah wahai teman
Kita akan kembali kepadaNya
Untuk menerima balasan hidup di dunia
Baikkah atau burukkah balasan itu bergantung pada amalmu
Ingatlah Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui
Dia dapat mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu
Dan dapat melihat dengan nyata perbuatanmu

Nukilan ifah (krafsulam.blogspot.com)

Pepatah syurga di bawah tapak kaki ibu mengingatkan kita akan besarnya jasa seorang ibu dalam kehidupan kita. Ibu bukan sahaja mengandungkan, melahirkan, memelihara dan membesarkan kita malah mendidik sehingga kita mampu berdikari sendiri. 

Ibu, mak, mama, umi.. itu antara beberapa panggilan yang selalu digunakan oleh seorang anak terhadap ibunya… ape yang korang panggil pada ibu korang? tak kisahlah ape pun panggilan tu tp ia menggambarkan seorang wanita yang menjalankan tanggungjawab yang ifah sebutkan tadi terhadap korang. 

Ibu memang penting dalam hidup kita kan.. terutama pada anak perempuan macam ifah nie…selalu minta pendapat ibu ifah…yelah dari pakaian apa nak pakai, gabungan warna sesuai tak sesuai, semua minta pendapat ibu. Selain itu, ibu jugalah tempat kita meluahkan perasaan atau berkongsi cerita suka, duka dan sebagainya. Pada mereka yang sudah ketiadaan ibu pasti merasa kehilangan kan... Jasa ibu sangat besar, tak kira korang anak lelaki atau perempuan pasti amat terhutang budi pada ibu korang… yelah tanpa ibu dan ayah bagaimana kita nak mengenal dunia nie.. Tak kiralah ibu kita masih ada atau tidak, masih ada cara untuk kita membalas jasa mereka…
jom baca salah satu puisi ifah mengenai ibu…inspirasi ifah untuk buat puisi nie adalah ibu ifah sendiri..

SAJAK BUAT IBU

Ibu,
Sesungguhnya kau adalah insan yang mulia
Seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa
Agar kami dapat melihat dunia
Dunia yang didalamnya terdapat pelbagai
Keindahan, keberkatan dan kenikmatan

Ibu,
Sesungguhnya aku amat mengagumimu
Aku bersyukur menjadi anakmu
Anak seorang ibu yang tabah
Tabah dalam membesarkan anak-anakmu
Tabah dalam menjalani hidup bersama suamimu
Seorang suami yang juga tabah sepertimu

Ibu,
Raut wajahmu yang redup
Menyimpan seribu makna
Keinginan dan kehendakmu
Terkunci rapat di benak hatimu
Kau lemparkan jauh keinginanmu
Demi memenuhi permintaan anak-anakmu
Aku saksi keikhlasan dan ketabahanmu

Ibu,
Jasamu tak terbalas olehku
Ucapan terima kasih hanya mampu aku ucapkan
Walaupun aku tahu jasamu tak terbalas oleh kata-kata

Kini,
Apa yang mampu aku lakukan adalah membantumu
Membantu dalam menambahkan pahala
Untuk bekalan di akhirat kelak
Itulah satu-satunya cara
Untuk aku membalas jasamu
Kerana sesungguhnya akhirat itulah tujuan hidup kita semua

Nukilan ifah (krafsulam.blogspot.com)



Pantun

Ifah ingat lagi pertama kali ifah menulis pantun masa darjah lima. Masa tu cikgu Bahasa Melayu suruh kami satu kelas tulis pantun 2 kerat. Pening juga le pikir macam mana nak tulis pantun. Nak taknak kena le buat juga sebab esoknya cikgu nak sorang2 baca dalam kelas. 

Ifah sediakan 4 pantun.. ifah ambil satu dan tiga lagi ifah bagi pada kawan2 ifah yang terlupa nak buat...cikgu suruh sorang2 baca dan yang mana cikgu suka dia akan tulis atas papan hitam suruh semua pelajar salin. Ketaq juga le bila kena baca depan cikgu dan kawan2 yang lein..takut juga kena marah sebab tak pandai tulis.. 

Emmm, tapi tak sangka pulak keempat2 pantun yang ifah buat tu terpilih dan salah satunya cikgu suka dan puji..tapi pantun tu kawan ifah yang baca...kawan ifahlah kena puji dengan cikgu...huhu..tapi ifah takla sedey sebab kawan2 yang lein tahu ifah yang buat pantun tu...itulah pengalaman pertama ifah tulis pantun....jom berpantun pulak...dulu dah tulis pantun 2 kerat sekarang ifah masukkan pantun empat kerat pulak la ye...



Anak muda berpakaian segak                                                            
Duduk bersembang bersuka ria
Ingat adik pesanan kakak
Jangan lalai mengejar dunia


Tidur lena dibuai mimpi
Mimpi indah jadi igauan
Buang sikap hasad dengki
Agar diri didekati kawan


Anak raja memacu kuda
Kuda dipacu kedalam hutan
Belajarlah adik diusia muda
Agar tidak menyesal kemudian


Baju dijahit bersulam benang
Nampak cantik menyenangkan hati
Jasa bapa patut dikenang
Jasa ibu dibawa mati


Pergi kebun mengutip durian
Papan diletak sebagai tanda
Wajah cantik pemberian tuhan
Sekadar pinjaman diusia muda


Nukilan ifah (krafsulam.blogspot.com)