Hantaran


Ruangan nie ifah tak sempat nak buat lagi...supaya takdelah korang buka kosong je... ifah masukkan beberapa keping gambar barangan hantaran majlis perkahwinan adik lelaki ifah...Barangan hantaran yang ada dalam gambar nie adalah sebahagian daripada barang hantaran yang ifah buat dengan adik perempuan ifah...first time kami buat barang hantaran. Pening jugak le kepala nak cari idea.. hehe.

 






Di bawah nie pula ifah masukkan gambar bekas hantaran yang ifah buat untuk perkahwinan ifah pada tahun lepas (2013). Oleh kerana ifah nie seorang yang simple jadi barangan hantaran pun simple2 jelah ye...hihi..






Jom tengok barangan cenderahati untuk tetemu plak. Ramai yang mencari barangan yang sesuai diberi kepada tetamu semasa majlis perkahwinan. Kebanyakan mereka ingin memberi kelainan dan ada juga yang ingin membuat sendiri barangan tersebut agar lebih bermakna kepada tetamu. 

Ifah pun pening memikir barang apa yang sesuai untuk diberi kepada tetamu yang hadir. Oleh kerana ifah bekerja, jadi ifah mencari barangan yang simple sajelah untuk dijahit. Ifah memilih untuk membuat bekas tisu dan keychain. Jahit pada waktu malam dan alhamdulillah adik ifah tolong jahitkan keychain.. Keychain ifah beri pada saudara mara dan sahabat yang rapat sahaja...tak larat nak jahit banyak2....huhu..


nak jahit bekas tisu nie senang je.. tak sampai 5 minit pun nak siapkan satu. tapi bila dah banyak macam nie lama la nak siapkan..ini baru separuh nie...penat tp seronok bila dah siap....


ini yang paling penat nak jahit nie..... 



Ok, setakat ini dulu...harap dapat beri idea kepada korang semua...kena jadi kreatif nak buat benda2 nie... Banyak lagi idea2 yang kreatif yang korang boleh buat..selamat memikir ye...ifah dah lepas.. alhamdulillah, semua berjalan lancar...Ifah doakan semoga majlis korang juga berjalan lancar seperti yang telah korang rancangkan...InsyaAllah...Amin....