Tuesday, 5 April 2016

Buku Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang

Assalammualaikum...

Apa khabar korang semua??? maaf dah lama kak ifah tak update blog nie.. masa tengah mengemas barang dalam almari tadi kak ifah terjumpa buku "Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang". Buku nie kak ifah beli masa belajar di kraftangan Pulau Pinang.


Buku tulisan Rosita Jaafar ini menggabungkan teknik-teknik sulaman daripada beberapa pakar dalam bidang sulaman iaitu dari Madam Lim Kim Swee, Pn Rosmina Waniman dan Pn Salbiah Hj. Taib. Kepada korang yang berminat untuk mempelajari teknik sulaman, kak ifah sarankan agar korang memiliki buku ini. 

Pada kak ifah, tak rugi korang beli buku nie.. Selain diceritakan sejarah Sulaman Nyonya dan Kebaya terdapat latihan asas sulaman yang boleh korang pelajari. Selain itu, terdapat juga pelbagai teknik sulaman serta contoh-contoh biku yang menarik.



Alhamdulillah.... semasa belajar di kraftangan Pulau Pinang kak ifah dan rakan-rakan berkesempatan mempelajari teknik sulaman Baba Nyonya daripada mendiang Madam Lim Kim Swee. Madam Lim Kim Swee adalah salah seorang tokoh usahawan Sulaman Nyonya dan dilantik menjadi Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006.(http://pkkmpenang.blogspot.my/2014/04/salam-takziah.html).



Sekian dulu untuk kali ini....


Sunday, 3 April 2016

Pemadam Api

Pemadam Api




Assalammualaikum....

Di sini kak ifah ada jual produk pemadam api, pada mereka yang belum memiliki alat pemadam api kak ifah syorkan agar korang juga menyimpan alat ini di dalam kereta dan di rumah. Gambar kat atas adalah alat pemadam api ABC Dry Powder (1 kg). Alat ini sesuai diletakkan didalam kenderaan kerana ianya ringan...Kalau korang nak letakkan kat rumah pun boleh...suka hati korang lah...

Harga pasaran produk ini adalah dalam lingkungan RM 80 - RM 100... Tetapi kak ifah dan suami selalu jual RM 75 sahaja... walaubagaimanapun, bagi pembaca blog nie kak ifah bagi diskaun lagi RM5, jadi korang hanya perlu bayar RM70 bagi produk di atas..

Korang boleh mesej/whatsapp kak ifah atau suami kak ifah...tetapi korang kena bagi tahu la yang korang ambil no tel dari blog kak ifah ye..

Produk2 pemadam api yang lain pun macam tu juga sebenarnya, kak ifah beri diskaun pada korang yang beli alat pemadam api melalui blog nie...

Pada mereka yang telah beli pada kak ifah, kak ifah ucapkan terima kasih dan semoga korang berpuas hati..kak ifah bekalkan produk baru keluaran tahun 2016...ada juga mereka yg jual murah tp jual produk lama...untuk habiskan stok... kalau korang nak beli alat pemadam api tengok dulu tahun keluaran alat itu ok..

Untuk pengetahuan korang, pemadam api bagi premis-premis perniagaan, kilang, ofis atau untuk tujuan komersial ia perlukan sijil bomba dan perlu diservis setiap tahun. Tetapi pemadam api bagi kegunaan peribadi tidak perlu di servis setiap tahun.

Ramai yang bertanya pemadam api boleh pakai berapa lama? Bagi premis perniagaan tempoh alat pemadam api adalah 10 tahun..tetapi bagi kegunaan peribadi alat pemadam api boleh pakai sampai rosak walaupun dah lebih 10 tahun masih tak rosak tetap boleh digunakan lagi... kalau dah habis boleh refil balik.

kalau korang nak tahu pemadam api berfungsi atau tidak korang boleh lihat meter gauge Y yang ada pada tong dan sila pastikan jarum meter tetap pada ruangan zon hijau (bg jenis pemadam api Dry Powder, Foam dan Water)

Untuk lihat produk2 yang lain, sila tekan page lain-lain produk di atas.