Apa khabar korang semua??? maaf dah lama kak ifah tak update blog nie.. masa tengah mengemas barang dalam almari tadi kak ifah terjumpa buku "Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang". Buku nie kak ifah beli masa belajar di kraftangan Pulau Pinang.
Buku tulisan Rosita Jaafar ini menggabungkan teknik-teknik sulaman daripada beberapa pakar dalam bidang sulaman iaitu dari Madam Lim Kim Swee, Pn Rosmina Waniman dan Pn Salbiah Hj. Taib. Kepada korang yang berminat untuk mempelajari teknik sulaman, kak ifah sarankan agar korang memiliki buku ini.
Pada kak ifah, tak rugi korang beli buku nie.. Selain diceritakan sejarah Sulaman Nyonya dan Kebaya terdapat latihan asas sulaman yang boleh korang pelajari. Selain itu, terdapat juga pelbagai teknik sulaman serta contoh-contoh biku yang menarik.
Alhamdulillah.... semasa belajar di kraftangan Pulau Pinang kak ifah dan rakan-rakan berkesempatan mempelajari teknik sulaman Baba Nyonya daripada mendiang Madam Lim Kim Swee. Madam Lim Kim Swee adalah salah seorang tokoh usahawan Sulaman Nyonya dan dilantik menjadi Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006.(http://pkkmpenang.blogspot.my/2014/04/salam-takziah.html).