Sulaman

Assalammualaikum....

Sebagai permulaan ruangan ini, ifah akan perkenalkan korang dengan mesin jahit yang boleh digunakan bagi menghasilkan sulaman. Korang pernah tengok tak mesin seperti ini??? 

Mesin jahit manual / ayak
Dahulunya mesin seperti ini sangat popular dan terdapat hampir di setiap rumah terutama di kawasan kampung. Bukan orang yang mengambil upah menjahit sahaja yang membeli mesin ini..yang tak pandai pun memilikinya..mereka menggunakan mesin ini untuk menampung pakaian yang rosak dan digunakan bagi mencantum kain batik...

Tahukah korang mesin ini juga boleh digunakan untuk membuat sulaman...Jahitan mesin inilah yang paling cantik dan mahal kerana jahitan mengunakan mesin ini lebih kemas dan nampak hidup...Korang pernah dengar tak sulaman nyonya??? mesin inilah yang digunakan bagi menghasilkan sulaman nyonya...Paling famous adalah baju kebaya nyonya....Selalunya baju kebaya nyonya yang dijahit menggunakan mesin ini berharga RM450 dan ke atas..
Bagaimana nak jahit sulam menggunakan mesin nie??? mudah je...korang cuma perlu membuka tapak dan menurunkan gigi mesin tersebut..tapak dan gigi mesin berfungsi bagi menggerakkan kain..Dalam proses menyulam, tangan dan jari jemari kita yang berfungsi bagi menggerakkan kain yang dijahit...Bagi menegangkan kain kita menggunakan ram..Di sini ifah masukkan contoh....

Sulaman menggunakan Mesin jahit manual / ayak

Nampak tak??? cantik kan!!! pada korang yang memiliki mesin seperti ini bolehlah mencuba.....

Di bawah nie, Ifah masukkan beberapa lagi contoh sulaman menggunakan mesin jahit manual/ayak.. semua ini adalah produk yang ifah dan kawan2 ifah hasilkan semasa mengikuti kursus sulaman nyonya di Kraftangan penang..
frame - pasu bunga (dijahit oleh kak Hani)

 Ini pula baju kebaya nyonya yang dijahit oleh kak Shima.
Kebaya Nyonya - Dalam proses da....

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang


Baju kebaya nyonya yang berwarna purple nie ifah yang jahit. Baju kebaya nyonya adalah projek akhir kami.. Bunga untuk sulaman di baju, cikgu umi yang sediakan. ifah dan kawan2 cuma perlu tekap dan jahit mengikut kreativiti masing2 sahaja...
Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang

Baju kebaya nyonya yang berwarna hitam ini pula dijahit oleh salah seorang kawan ifah iaitu Badariah(Bad). Pada ifah, sulaman Bad adalah yang paling cantik antara kami semua manakala kerawang yang paling cantik pula dihasilkan oleh Azila. Tapi sayangnya ifah takde gambar baju kebaya Azila kerana masa kami semua dah hantar baju nie azila belum hantar... 

Pada mereka yang ingin mempelajari dan menguasai sulaman ini ifah ucapkan selamat maju jaya. Apapun untuk menghasilkan sulaman yang cantik, latihan yang berterusan adalah amat diperlukan.. Kenalah rajin ye...

Baju kebaya yang dijahit oleh Bad

Aunty Kim ( Lim Swee Kim ) - Adiguru bidang sulaman

Alhamdulillah....masa belajar di Kraftangan Penang ifah dan kawan2 yang lain berkesempatan mendapat tunjuk ajar dari Aunty Kim. Aunty Kim diangkat sebagai Adiguru bidang sulaman oleh Kraftangan Malaysia.. Terima Kasih juga kepada Tenaga Pengajar, Puan Umi Kalsom yang telah banyak mengajar kami..Walaupun hanya 6 bulan belajar di kraftangan Penang, ifah dan kawan2 berjaya menguasai ilmu sulaman nyonya ini.. Terima Kasih kepada Pihak Kraftangan Penang yang menyediakan kursus ini...

Gambar di bawah ini pula adalah semasa ifah mengikuti Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya) pada 12 hingga 14 Julai 2011 yang lalu..(gambar diambil dari blog bahagianusahawan.blogspot.com). Kalau nak tengok lebih banyak gambar semasa ifah mengikuti kursus ini bolehlah melayari blog tersebut..


Kesemua peserta tekun menyiapkan tugasan yang diberi.


Alhamdulillah..berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada Madam Lim Swee Kim dan Aunty Mary.


Di antara produk yang ifah dah kawan-kawan berjaya siapkan semasa kursus adalah Sarung Kusyen, Beg Cenderahati dan Kotak Tisu.


Bergambar kenangan bersama peserta bengkel.



High Speed Embroidery Machine

Mesin Sulam Highspeed 20U63A (Singer)

Ini satu lagi mesin sulam yang ifah belajar. Ifah mula kenal dan belajar menggunakan mesin ini masa masuk kelas sulaman di kemas Bagan pada April 2010. Awal tahun ini (2012) barulah ifah berkesempatan untuk membeli kerana harganya yang agak mahal. Ini adalah mesin highspeed yang boleh jahit lurus dan menyulam. Kalau korang beli mesin 20U43A hanya untuk sulaman. Pada ifah, lebih baik beli mesin 20U63A kerana mempunyai kedua-dua fungsi.


Mesin sulaman ini sama seperti mesin jahit ayak di atas, korang yang kena bentukkan corak tersebut menggunakan tangan dan jari jemari  sendiri. Bezanya mesin ini menggunakan motor jadi korang tak perlulah kayuh lagi. Cuma perlu pijak tapak penekan (macam tekan minyak kereta). Selain itu, kita juga mampu mengawal kelebaran zig-zag jahitan dengan kawalan lutut.


Mesin sulaman ini tidak berkomputer, oleh itu kemahiran dan latihan yang berterusan diperlukan untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan kemas. Pelbagai corak boleh dihasilkan mengikut idea dan kreativiti sendiri.