Penulisan ifah kali ini adalah berkaitan cara turunkan atau buka gigi pada mesin. Tujuan penulisan ini adalah bagi menjawab pertanyaan daripada beberapa pembaca blog ini yang bertanya kepada ifah bagaimana cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.
Ifah minta maaf kerana tidak membalas mesej, whatsapp dan wechat yang telah dihantar kepada ifah berkenaan soalan ini. Ini kerana agak susah untuk ifah menjawab melalui mesej. Oleh itu, ifah meluangkan sedikit masa pada hari ini untuk menerangkan serba sedikit mengenai cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.
Di bawah ini adalah contoh mesin yang ifah gunakan. Mesin jenama Singer.
Bagi mereka yang menggunakan mesin seperti ini adalah mudah bagi menaikkan atau menurunkan gigi mesin iaitu hanya dengan memusing tombol yang terdapat di mesin. Anda boleh mejahit dan menyulam dengan mudah tanpa perlu membuka gigi mesin. Apa yang anda kena buat hanyalah membuka tapak dan memusing tombol seperti di bawah bagi proses menyulam.
Buka tapak mesin
Pusing tombol seperti yang ditunjuk anak panah di dalam gambar di atas. Pusing ke sebelah kanan bagi menurunkan gigi dan pusing semula ke sebelah kiri bagi menaikkan gigi.
Pada korang yang memiliki mesin yang tidak mempunyai fungsi seperti ini, tidak ada cara lain bagi korang iaitu hanya dengan membuka gigi mesin. Di sini ifah tunjukkan gambar bagaimana membuka gigi mesin...
Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah
Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah
Lepas dah buka tu simpan la elok2, janganlah dibuang terus pulak....gigi mesin berfungsi bagi menggerakkan kain. Kalau takda gigi mesin tu korang dah tak boleh nak menjahit pakaian. Gigi mesin dan tapak dibuka bagi proses menyulam sahaja.
Dalam proses menyulam, tangan dan jari jemari kita yang berfungsi bagi menggerakkkan kain yang dijahit. Kalau nak menjahit seperti biasa hanya pasang semula tapak dan gigi mesin tersebut...
Sekian, moga bermanfaat...
Salam...ifah..cantik sgt sulaman awak...tringin btol.nk blaja tp xtau kat mana...nk tnya...kl mesin portable bleh x buat sulam? Corak2 tu ifah lukis dlu pada kain ek?
ReplyDeleteAskum...terima kasih d atas cara membuka tapak n cara mbuka gigi mesin.sebenarnya sya tak tahu pun mesin ni boleh d guna untuk membuat sulam.terima kasih skali lagi smoga biz puan brtmbah.
ReplyDeletewaalaikummussalam...terima kasih..
Delete