Di dalam ruangan ini ifah akan memasukkan Tutorial Sulaman Ayak. Melalui ruangan ini ifah akan ajar korang tutorial asas bagi sulaman ayak. Tujuan ifah mewujudkan ruangan ini adalah bagi berkongsi ilmu pada mereka yang berminat mempelajari teknik asas sulaman ayak.
Pada mereka yang whatsapp dan mesej ifah bertanyakan mengenai kelas sulaman. Ifah minta maaf ifah takda buat kelas sulaman. Tetapi tak tahulah kalau masa akan datang timbul minat pula untuk buat kelas. Walaubagaimanapun setakat ini ifah tidak pernah mengadakan sebarang kelas sulaman.
Terdapat beberapa teknik asas yang perlu korang pelajari sebelum mampu mahir di dalam menjahit sulaman ayak ini. Ada beberapa orang yang mesej/ whatsapp ifah mengatakan mereka memiliki mesin seperti yang ifah tunjukkan. Mereka terus bertanya ifah bagaimana nak menjahit sulaman dan ada juga yang terus nak menjahit sulam menggunakan mesin tersebut.. Pening juga ifah dibuatnya.. Kalau ada mesin sekalipun, tetapi korang tak pernah belajar teknik menjahit sulaman bagaimana korang nak terus menjahit???
Ada juga yang bertanya bagaimana nak buat sulaman tampal dan sebagainya. Padahal mereka langsung tidak ada atau tidak pernah mempelajari teknik sulaman. Bagaimana ifah nak beritahu dalam whatsapp... Pening-pening... huhuhu.. Ifah taknak celoteh panjang-panjang, jom kita belajar..
Di sini ifah akan memasukkan beberapa teknik asas sulaman..
Latihan 1
Di bawah ini, ifah masukkan lakaran bagi latihan pertama. Apa yang harus korang lakukan adalah meniru lakaran ini ke atas sehelai kain yang nipis (Contoh lakaran ini juga ada di dalam buku Teknik Sulaman Nyonya dan Kerawang). Pada mereka yang memiliki buku ini boleh terus tekap sahaja gambar tersebut.
Bila dah siap lukis di atas kain tersebut, masukkan kain ke dalam ram bagi menegangkan kain..(contoh seperti di page sulaman).
Teknik yang pertama ini adalah "teknik jalan".. Bagi lakaran melintang, apa yang harus korang lakukan adalah dengan menjahit mengikut garisan tersebut iaitu kanan ke kiri, kemudian kiri ke kanan. Jahit mengikut garisan tersebut sehinggalah habis. Ulang jahitan ini sebanyak tiga kali (3x). Jahitan harus terus bersambung-sambung tanpa terputus-putus.
Bagi lakaran menegak pula, korang jahit mengikut garisan tersebut iaitu atas kebawah dan bawah ke atas. Jahit mengikut lakaran tersebut sehinggalah habis. Ulang jahitan ini sebanyak tiga kali (3x). Penerangan juga terdapat pada gambar di bawah.
Di bawah ini adalah contoh jahitan yang telah siap. Ifah masukkan contoh jahitan yang pertama kali ifah jahit...Buruk kan...hihihi.. Tujuan melakukan latihan ini adalah bagi memahirkan korang menjahit lurus tanpa adanya gigi dan tapak mesin. Kalau hasil jahitan korang buruk (senget benget) macam jahitan ifah nie. Sila lukis semula lakaran tersebut dan ulang jahit semula.
Latihan 2
Terima Kasih ifah baru je berkenalan dgn blog iffah ni.
ReplyDeleteTerima Kasih ifah baru je berkenalan dgn blog iffah ni.
ReplyDelete