Wednesday 30 November 2011

Bantal Sisik Ikan

Bantal Sisik Ikan

Assalammualaikum....
Maaf rasanya dah lama ifah tak update blog nie..ifah sibuk siapkan barang untuk jualan di Pesta Pulau Pinang yang bermula 28 November yang lalu sehingga 1 Januari nanti...Pada mereka yang berminat dengan barangan yang dipamerkan di dalam blog ini bolehlah ke pesta. Ifah letakkan barangan ifah di tapak milik abang ifah...abang ifah jual kasut di sana..ifah tumpang je, nak bayar sewa tak mampu...mahal la....tapak gerai tu terletak bersebelahan dengan pentas...kalau tak salah ifah ada 2 pentas di dalam pesta tu...gerai abang ifah terletak di sebelah pentas yang besar.. korang carilah gerai yang tertulis nama Halim di kain rentang bahagian atas tapak kedai tu.

Seperti dijanjikan ifah masukkan satu lagi jenis bantal di dalam blog ini... bantal sisik ikan.. berbentuk empat segi 15" x 15". Emmm...agak susah juga buat bantal nie...tapi yang paling susah dan ambil masa paling lama adalah Bantal Bunga Lawang... InsyaAllah nanti ifah masukkan gambar...

Setakat ini dulu ye buat masa nie...jumpa nanti di Pesta Pulau Pinang.



1 comment:

  1. Salam.Bagaimana saya nk belajar Cara menjahit awan larat sisek ikan..seperti gambar bantal di atas.T.kasih

    ReplyDelete